Senin, 31 Desember 2012

#SIMBOLISME SAINS DALAM WAHYU KESERASIAN ANTARA AYAT MAQRUfAH DENGAN AYAT MANZURAH

Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 27.48
©Universiti Teknologi Malaysia

SIMBOLISME SAINS DALAM WAHYU KESERASIAN ANTARA
AYAT MAQRUfAH DENGAN AYAT MANZURAH

RAMLI AWANG

Abstrak. Makro kosmos atau alam semesta merupakan Kitab Allah [wahyu Allah] yang bersifat
kawni. Dalam lain perkataan ia dikenali sebagai ayat-ayat al-kawniyah [ayatullah al-kawniyyah].
Mikro kosmos pula ialah ayat-ayat Allah yang bersifat qurfani [yang dibaca] dan ia merupakan
pasangan kepada makro kosmos. Ayat-ayat yang bersifat qurfani adalah sebagai panduan untuk
manusia meneroka ayat-ayat al-kawniyyah. Kedua-dua ayat ini sama sekali tiada pertentangan bahkan
saling membenarkan dan berkaitan. Ayat-ayat quran ditafsirkan oleh ayat quran yang lain, begitu juga
dengan ayat al-kawni, ia juga saling ditafsirkan oleh ayat kawni yang lain. Selain daripada itu ayat
kawni juga menjadi pentafsir kepada ayat qurfani. Tegasnya kedua-dua ayat Allah tersebut saling
mentafsirkan antara sesamanya. Kedua-duanya ada sifat simbolis yang unik lagi tersendiri; masingmasing
saling memperkukuhkan antara sesamanya dalam ruang dan peranan yang berbeza. Kertas ini
bertujuan mendedahkan keserasian ciptaan Allah yang terdapat pada ayat-ayat-Nya dalam rangka
memperlihatkan sifat keesaan dan keagungan-Nya supaya hamba-hamba-Nya benar-benar
mengabdikan diri kepada-Nya; serta meninjau khitab Quran yang ditujukan kepada mereka yang
berakal untuk memahami kaitan ayat manzurah dengan maqrufah secara simbolis.

1.0 PENDAHULUAN
Perkataan alam tersusun daripada rangkaikata [eayn, lam dan mim] . dibaca ealam
[dari istilah bahasa Arab]. Perkataan ini membawa banyak pengertian. Antaranya
seperti berikut:
(a) ealamun yang kata pluralnya aflamun: bendera.
(b) ealamun: sesuatu yang dicacak sebagai tanda.
(c) ealamun: dengan makna makrifat . iaitu pengenalan.2
1 Maksud dengan ayat-ayat maqrufah ialah ayat-ayat Quran yang ditanzilkan dan dibaca. Ia terdiridaripada seratus empat belas surah dengan ayat berjumlah 6236 kesemuanya, demikian menurutulama Kufah dari Imam Ali bin Abi Talib. Lihat dalam tulisan Ramli Awang gPerutusan Rasulullahs.a.w dan Ketulinan Akidahh dalam Al-Risalah, Majalah Jabatan Pendidikan Islam, FPPSM, UTM,Skudai, bil. 4 tahun 2, 1991/92, hlm. 3. Manakala ayat-ayat manzurah pula ialah ayat-ayat atautanda-tanda kewujudan Allah yang terdapat dalam alam yang dapat dilihat dan dicerap denganpancaindera.2 Al-Marbawi, Qamus al-Marbawi, 2 juzuk, Isa al-babi al-Halabi, Mesir, t.th, 2: 40.JT38E[3B].pmd 27 02/16/2007, 21:28

(d) Perkataan al-falamin [plural dari kekata alam] disebut oleh Quran sebanyak
73 kali. Sekali dengan lafaz ealamat iaitu pada surah al-Nahl 16: 16.
Perbincangan tentang alam sebagai ayatullah [tanda kewujudan Allah] yang dibaca
dan dilihat melibatkan perbincangan tentang alam kosmos. Ia merupakan cetusan
awal bagi lahirnya sains dalam Islam. Afzalur Rahman menulis:

Cosmology is the starting point of all sciences in Islam and it deals with the
creation of the wonderful world of God, Who is One, both transcendent and
immanent. gThere is no deity but one God, and Muhammad is the Messenger of
Godh. This doctrine is the central theme of all scientific knowledge, because,
gAll the cosmos was created by the One God and, in spite of its vastness and
hierarchies structure, reflects the Unity of Godh.3

Maksudnya:
Kosmologi adalah titik permulaan kepada seluruh sains dalam Islam dan ia
berhubungan dengan ciptaan dunia yang menakjubkan oleh Allah yang esa,
keduanya agung dan kekal,4 gTiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan Muhammad pesuruh Allahh. Keyakinan ini merupakan tema pusat kepada
seluruh ilmu sains, kerana, gSemua kosmos dicipta oleh Tuhan yang esa dan,
meskipun dalam keluasan serta kepelbagaian susun atur alam ini, ia kembali
kepada keesaan Tuhan].

Mehdi Golshani menjelaskan antara lain bahawa ternyata dalam perspektif Quran,
fenomena alam merupakan tanda-tanda [signs] kemahakuasaan Allah dan mana-mana
pemahaman tentang alam tabii adalah kiasan [analogous] dengan pemahaman tandatanda
yang membawa kita mencapai kesedaran tentang tanda-tanda wujudnya Tuhan.
Selanjutnya beliau menulis:

From the Qurfanic viewpoint, understanding nature is not fruitful undertaking
except when it helps us to understand the Wise Creator of this world and to
attain close proximity to Him. Understanding nature can promote manfs insight
towards the cognition of Allah and enables him to better utilize the gifts of
Allah for his own eternal felicity and well-beingh.5

3 Afzalur Rahman, Quranic Science, The Muslim Schools Trusts, London, 1981, hlm. 41. Lihat jugaShahibuddin Laming, Cosmology in the Quran, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, hlm. vii.4 Kekalnya alam tertakluk kepada Allah sedang kekalnya Allah tidak tertakluk kepada makhluk.5 Mehdi Golshani, The Holy Qurfan and the Sciences of Nature, Islamic Propagation Organization,Tehran, 1986, hlm. 81-82.
Maksudnya:
Menurut pandangan Quran, memahami alam tabii tidak menghasilkan apaapa
kecuali apabila ia membantu kita memahami kebijaksanaan Pencipta
alam ini dan membawa kita semakin hampir kepada-Nya. Memahami alam
tabii boleh membantu kesedaran manusia ke arah mengenal Allah dan
membolehkannya memanfaatkan lebih baik pemberian Allah untuk
kebahagiaan dan kelangsungan hidup yang baik.

2.0 MAKSUD ALAM
Makna alam dari segi bahasa ialah suatu ibarat terhadap apa yang diketahui dengannya
akan sesuatu. Menurut istilah pula ia adalah satu ibarat dari segala sesuatu selain
Allah . dari mawjudat kerana kesemua itu diketahui oleh Allah darihal nama-namanya
dan sifat-sifatnya.6 Dikatakan juga alam itu adalah jenis-jenis makhluk atau seluruh
makhluk. Kata al-Zujaj berhubungan dengan ayat gal-hamdulillah rabbil ealaminh .
perkataan alam dalam ayat ini ialah kullu ma khalaqallah . iaitu segala apa yang
diciptakan oleh Allah.7
Alam yang diciptakan Allah terlalu banyak dan tidak terkira oleh manusia, begitu
juga tahap-tahapnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Bagaimanapun terdapat
satu riwayat dari pada Wahab bin Munabbih yang mengatakan bahawa Allah
menciptakan 90,000 alam dan alam dunia ini adalah salah satu dari padanya.8 Bila
diertikan alam dengan makna tanda, atau pengenalan, maka ia juga bermakna sebagai
satu isyarat atau dengan lain perkataan ia bermakna simbol [pengenalan]. Ungkapan
ini bersamaan ertinya dengan wahyu.

3.0 PENGERTIAN WAHYU
Perkataan wahyu acap kali diulang sebut dalam Quran dalam berbagai konteks ayat:
. awha = 08 kali
. awhaitu = 01 kali
. awhaina = 24 kali
. nuhi = 04 kali
. nuhihi = 02 kali
. nuhiha = 01 kali
. layuhuna = 01 kali
6 Takrif ini diberi oleh Al-Allamah Ali bin Muhammad al-Sharif al-Jurjani, Kitab al-Tafrifat, MaktabahLubnan, Beirut, 1969, hlm. 149.7 Ibn Manzur, Lisan al-Arab, 6 jilid, tahkik Abd Allah Ali al-Kabir et al., Dar al-Mufarif, Mesir, t.th.,3: 3085.8 Ibid.
. yuhi = 04 kali
. fayuhiya = 01 kali
. uhiya = 11 kali
. yuha = 01 kali [huruf haf dipendekkan]
. yuha = 14 kali [huruf haf dipanjangkan]
. wahyun = 02 kali
. wahyina = 02 kali
. wahyuhu = 01 kali

Kesemuanya berjumlah 80 kali.
Menurut al-Raghib al-Asfahani [m. 503H], asal wahyu bermakna isyarat yang cepat
dan [sesuatu yang] mengandungi kecepatan.9 Wahyu mempunyai pengertian yang
banyak seperti al-isyarat, al-kitabah [tulisan], al-risalah [perutusan], al-ilham, al-kalam
al-khafiyy [percakapan atau bisikan tersembunyi], perintah atau suruhan [al-amr] dan
setiap yang anda ecampakkanf kepada selain anda.

(a) Wahyu dengan makna isyarat. Ini disebut dalam surah Maryam 19: 11.
gMaka ia pun [Nabi Al lah Zakariya] keluar kepada kaumnya dari Mihrab
[tempat sembahyangnya]; lalu memberi wahyu kepada mereka [kaumnya] .
ghendaklah kamu bertasbih pagi dan petangh.
Dalam ayat ini diungkapkan istilah gfa awha ilayhimh [maka ia memberi wahyu
kepada mereka]. Maksudnya Nabi Allah Zakariya memberi isyarat kepada
kaumnya.

(b) Wahyu dengan makna kitabah [tulisan] seperti ungkapan penyair
bernama Labid seperti berikut:

famadafifu al-rayyani eura rasmuha, khalaqan kama duminal wuhiyya
silamuhah.

Maksudnya ialah apa yang ditulis di atas batu-batan dan dibincangkan.10

(c) Wahyu dengan pengertian risalah [perutusan]. Quran surah al-Kahfi
18: 27 menyebut:

Dan bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu dari Kitab Tuhanmuh.
9 Al-Raghib al-Asfahani, Mufjam mufradat alfaz al-Qurfan, tahkik Ibrahim Shamsuddin, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, 1997, hlm. 586.10 Ibn Manzur, Lisan al-Arab, 6: 4787.
Ungkapan gutlu ma uhiya ilayka min kitabi rabbikah itu ialah yang diutuskan
Tuhan atau perutusan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w; iaitu Quran.

(d) Wahyu dengan makna ilham. Ini dinyatakan dalam surah al-Nahl 16:
68.

Dan Tuhanmu telah memberi wahyu kepada lebah..h. Maksud perkataan
wahyu di sini ialah ilham. Berhubung dengan perkara ini Yusuf Ali
menjelaskan seperti berikut: gAwha: wahyun ordinarily means inspiration, the
Message put into the mind or heart by God. Here the Beefs instinct referred to
Godfs teaching, which it undoubtedly ish.11

(e) Wahyu dengan makna perintah [suruhan]. Ini disebut dalam surah
al-Zalzalah 99: 5:

Pada hari itu bumi pun memberitahu khabar beritanya, bahawa Tuhanmu
telah mewahyukannyah.

Maksud perkataan awhalaha di sini ialah Tuhan telah memerintahkan bumi
agar berbuat demikian.

(f) Bisikan tersembunyi. Makna ini dinyatakan dalam surah al-Anfam 6: 121:

Dan syaitan-syaitan itu mewahyukan kepada para pengikutnya, supaya
mereka membantah kamuch

Perkataan elayuhunaf di sini bermakna membisikkan, iaitu bisikan para syaitan
kepada manusia bagi menentang perintah bawaan Nabi s.a.w.

(g) Mencampakkan esesuatuf [ilham] ke dalam hati. Ini dinyatakan dalam
surah al-Qasas 28: 7:

Dan Kami wahyukan kepada Ibu [Nabi] Musach

Perkataan eawhainaf [Kami wahyukan] di sini bermakna mencampakkan [ilham]
ke dalam hati ibu Nabi Allah Musa a.s.
11 A. Yusuf Ali, The Holy Qurfan Text, Translation and Commentary, Amana Corp, Maryland, 1983,hlm. 674, catatan kaki no. 2097.

3.1 Wahyu Umum dan Wahyu Khusus
Perkataan wahyu mempunyai erti umum dan khusus. Pengertiannya yang bersifat
umum dipakai untuk beberapa macam aktiviti pemberitahuan yang tersembunyi lagi
khusus. Antara bentuk-bentuk wahyu ini ialah al-rukya al-sadiqah [mimpi yang benar],
bisikan dalam hati, ilham dan percakapan yang disampaikan oleh Malaikat. Selain
daripada ertinya yang umum wahyu juga mempunyai erti yang khusus, iaitu
epercakapanf Allah dengan salah satu bentuk yang tiga macam seperti dalam firman-
Nya:

Dan tidak layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata
dengannya kecuali dengan jalan wahyu [dengan diberi ilham atau mimpi
yang benar], atau dari sebalik dinding [tabir . dengan mendengar suara
sahaja] atau dengan mengutuskan utusan [Malaikat] lalu utusan itu
menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang
dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Bijaksanah.
[al-Syura 42: 51]

Selain daripada tiga bentuk wahyu yang dinyatakan dalam ayat di atas, wahyuwahyu
dalam pengertian yang lain tidak dianggap sebagai kalamullah al-tashrif .
iaitu firman-firman Allah yang bersifat hukum perundangan. Adapun bentuk mimpi
yang benar dan ilham, hal ini termasuk bentuk wahyu yang pernah terjadi dan akan
tetap terjadi bagi selain para Nabi.12 Bagaimanapun ia tidak menjadi syariat kerana
syariat telahpun sempurna dengan berakhirnya perutusan Nabi Muhammad s.a.w.
Daripada keterangan tersebut dapat diperkembangkan pengertian wahyu itu sebagai
esuatu kaedah penyaluran maklumatf dari yang mewahyukan kepada yang diwahyukan.
Allah adalah yang mewahyukan dan Nabi adalah yang menerima wahyu. Sementara
wahyu itu sendiri berbentuk isyarat, ilham, bisikan ghaib dan boleh juga berbentuk
percakapan secara tersembunyi. Kekata wahyu juga dengan makna tulisan yang dibaca
seperti Kitab-kitab Samawi dinamakan sebagai wahyu yang bertulis.
Bentuk wahyu itu juga kalau diperhatikan, ternyata ia berupa simbol. Tulisan, bahasa
isyarat, papan tanda adalah simbol-simbol tanpa suara yang berfungsi untuk
memberikan kefahaman kepada seseorang. Justeru isyarat dan apa jua maklumat
yang datang daripada Allah untuk sampainya maklumat itu kepada sasarannya
merupakan bentuk-bentuk wahyu membuktikan kewujudan Allah sebagai pemberi
wahyu. Tuhan yang etranscendentf tentunya tidak menyerupai apa jua jenis makhluk,
oleh itu wasilah bukti wujud Allah itu diketahui menerusi wahyu. Suara yang didengar,
Malaikat yang berupa manusia dan yang membacakan wahyu kepada Nabi dengan
12 Muhammad Rasyid Rida, Wahyu Ilahi kepada Muhammad, Terjemahan J. Saifudaulah al-Firdausy,Pustaka Nasional, Singapura, 1983, hlm. 55
bahasa tertentu, atau ilham yang disampaikan kepada Nabi merupakan simbol-simbol
wahyu dari Tuhan. Simbol-simbol itu sendiri bukan wahyu.
4.0 SIMBOLISME
Kekata simbol berasal daripada kata Yunani esymbolonf yang bermakna etanda
pengenalf, elencanaf atau esemboyanf. eSymbolonf di Yunani dipakai sebagai bukti
identiti. Untuk mengikat persahabatan, sebuah batu atau mata wang dibelah, sehingga
pemegang setiap bahagian tersebut memiliki bukti konkrit dari persahabatan mereka.
eSymbolonf menghubungkan dua orang, merupakan tanda nyata dari sesuatu yang
tidak kelihatan: perkahwinan, persahabatan, perjanjian atau percaya mempercayai.
Kata Jerman echifferf berasal dari kata Arab esifrf yang merupakan terjemahan dari
kata Sanskrit esunyaf13 yang bermakna ekosongf atau ekekosonganf. Kata esifrf masuk
ke dunia Eropah bersama algebra Arab dan telah mendapat erti eangkaf, ekodf dan
etanda rahsiaf. eChiffer-chifferf itu adalah tanda-tanda rahsia yang ditulis oleh keTuhanan
dan yang mula-mula masih tanpa erti. Pengertian echiffer-chifferf itu harus dicari oleh
manusia sendiri.14
Salah seorang filosofer Eksistensialisme abad ke-20, Karl Jaspers [1883-1969] yang
bermazhab Protestant yang percayakan wujud Tuhan15 antara lain menyebut bahawa
simbol itu sebagai kod dan tanda rahsia. Menurutnya segala sesuatu berbicara tentang
Allah dan interpretasi dari dunia sebagai satu teks tidak hanya terdapat dalam satu
buku suci atau hanya dalam satu agama.16

5.0 WAHYU SEBAGAI SIMBOL
Sebagaimana yang telah dijelaskan istilah wahyu antara lain bermakna simbol atau
isyarat yang datang daripada Tuhan untuk hamba-Nya dan makhluk-Nya. Di sana
ada dua bentuk wahyu:
(a) Wahyu dalam sifatnya dan pengertiannya sebagai Kitab yang tertulis seperti
Kitab Suci Quran dan Kitab-kitab Samawi yang lain.
(b) Wahyu bersifat alam nyata. Ia merupakan Kitab Allah yang terbuka untuk
dikaji dan dianalisis.
13 Dalam bahasa Melayu, istilah ini berubah menjadi esunyif iaitu tiada apa-apa yang didengar ataukosong dari apa-apa.14 M. Sastrapratedja [editor], Manusia Multi Dimensional Sebuah Renungan Filsafat, Penerbit PTGramedia, Jakarta, 1983, hlm. 55.15 Wallace I Matson, A New History of Philosophy, 2 vol. Harcourt Brace Jovanovich, Inc, San Diego,1987, 2: 465.16 M. Sastrapratedja, Manusia Multi Dimensional, hlm. 55.

Sayed Hossein Nasr menyebut:

Akhirnya alam tabii juga boleh dikaji sebagai sebuah ekitabf simbol-simbol
atau sebagai ikon yang direnungi ke dalamnya pada satu-satu peringkat
perjalanan rohani atau sebagai sebuah gua dari mana seorang arif harus
membebaskan dirinya bagi mencapai kebebasan dan pencahayaan yang abadi,
seperti yang ditunjukkan dalam penulisan-penulisan golongan Isyraqi dan
Sufi seperti Suhrawardi dan Ibn Arabi. Lebih dari pada itu, kesemua cara dan
matlamat yang berlainan dalam kajian Alam Tabii itu kadang-kadang
dilapiskan antara satu sama lain dalam karya seseorang penulis terutamanya
dalam tamadun Islam. Simbol yang digunakan bagi menafsir dan memahami
alam tabii bergantung rapat kepada bentuk Wahyu atau Idea Utama yang
kukuh dalam suatu tamadun. Ahli masyarakat tamadun tertentu akan memilih
satu set simbol tertentu untuk dikuduskan dan dibezakan dengan simbol lain
yang terdapat dalam tabii kejadian umumnyah.17

Frithjof Schoun dalam Gnosis Divine Wisdom menyebut antara lain bahawa sains
simbol bukan hanya pengetahuan mengenai simbol yang bertolak daripada
kepentingan nilai [quality] terhadap jawhar, bentuk, arah, nombor, fenomena tabii,
ikatan, gerak, warna dan lain-lain sifat atau kedudukan sesuatu benda; kita bukannya
memperkatakan tentang penghayatan subjektif kerana nilai kosmik dimartabatkan
berdasarkan perhubungannya dengan Wujud [Allah] dan juga menurut satu hierarki
adalah bebas daripada cita rasa kita malah ia, menentukan di mana kita juga hidup
dalam wujud; kita akur dengan nilai kerana kita sendiri bersifat kualitatif.18
Dalam ajaran Islam wahyu mengambil bentuk sebuah Kitab Suci, simbol huruf
mempunyai kepentingan yang khusus. Quran pula sering menyebut alam semesta
sebagai sebuah kitab yang bersifat emakro kosmosf dan pasangan kepada Quran
sendiri yang diibaratkan emikro kosmosf.
Kenyataan bahawa wahyu sebagai suatu simbol dapat kita perhatikan dari riwayat
al-Bukhari dalam Sahihnya bab kayfa badafa al-wahy ila Rasulullah sallallahu alayhi
wasallam19 [bab bagaimana permulaan wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w]:
(a) Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku [Nabi s.a.w] kedengaran seperti
bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti,
lantas aku mengerti apa yang dikatakan.
17 Sayed Hossein Nasr, Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam, terjemahan Baharuddin Ahmad, DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm. Xxvii.18 Ibid., hlm. xxviii . catatan kaki.19 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari bi Hasyiah al-Sindi, 4 juzuk, Dar al-Fikr, Beirut, t.th., 1: 5-6.
(b) Kadang-kadang Malaikat menjelma seperti seorang lelaki datang
kepadaku [Nabi s.a.w]. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang
dikatakan.
(c) Dari Aisyah katanya: Wahyu yang pertama turun kepada Rasulullah s.a.w
ialah berupa mimpi yang benar [al-rufya al-sahihah], waktu baginda tidur,
biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh baginda seperti cahaya pagi [waktu
subuh].
Nyatalah bahawa bunyi loceng itu sebenarnya simbol. Bunyi itu sendiri bukanlah
wahyu. Begitu juga Malaikat berupa seorang lelaki yang berbicara kepada baginda
adalah simbol. Pembicaraan itu sendiri bukanlah wahyu melainkan ia adalah bahasa
semata-mata, sementara mimpi yang dilihat Nabi s.a.w seperti cahaya sinar waktu
subuh bukanlah wahyu, bahkan sebagai simbol wahyu yang disampaikan Tuhan
dan Rasulullah s.a.w mengerti sesudah diberikan simbol-simbol wahyu itu.
Tegasnya di sini sifat dan cara datangnya wahyu berupa simbol pernyataan Tuhan
dan Tuhan itu sendiri tidak kelihatan serta tidak bersimbol [laysa kamithlihi syafun .
tidak ada yang menyerupai-Nya sesuatu juapun]. Antara simbol dan yang disimbolkan
serta maksud dari simbol itu masing-masing berbeza. Apa yang penting dari simbol
itu ialah esampainya pengertianf. Justeru pengertian itu merupakan rahsia yang ada di
sebalik simbol dan rahsia itu adalah tafsiran yang benar dari simbol-simbol itu dan
haruslah dicari. Simbol sifatnya memberi petunjuk kepada yang etranscendf atau lebih
tinggi. Simbol-simbol keTuhanan terdapat dalam alam yang diciptakan-Nya. Semua
itu bila diselidiki akan membawa kepada hadirnya Ilahi dalam kesedaran para
pengkajinya.

6.0 TUJUAN PENCIPTAAN ALAM
Berdasarkan keterangan Quran, kita mendapat kepastian bahawa kejadian alam ini
mempunyai tujuan dan matlamat. Dengan maksud lain kejadian alam dan
penciptaannya ini tidaklah sia-sia. Quran menegaskan:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda [kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah] bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang menyebut dan
mengingati Al lah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi [sambil berkata]: gWahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab nerakah. [Ali Imran 3: 191]

Dalam ayat lain diperincikan lagi bahawa kejadian-kejadian yang ada di antara
langit dan bumi juga adalah benar, bukan batil. Quran menjelaskan:

Dan tidaklah Kami menci ptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya [sebagai] batil [tidak mengandungi hikmah dan keadilan];
yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir. Maka kecelakaanlah
bagi orang-orang yang kafir itu dari azab nerakah. [Sad 38:27]

7.0 SIMBOLISME ALAM
Seperti mana yang dijelaskan bahawa alam ini antara lain bersifat wahyu Allah yang
dapat dilihat atau tanda-tanda kekuasaan Allah yang dapat dilihat [ayat manzurah].
Kalau ayat-ayat Allah yang dapat dibaca [ayat maqrufah] merupakan wahyu Allah
yang berupa kitab bacaan, maka alam semesta juga merupakan wahyu Allah yang
dapat disaksikan. Sifat wahyu Allah yang dapat disaksikan ini antara lain menyamai
aspek-aspek esimbolf ayat-ayat Allah yang dibaca, kerana wahyu yang datang kepada
Nabi s.a.w itu berbentuk simbolik kerana hakikat bunyi loceng, mimpi yang benar
dan kedatangan Malaikat berupa manusia yang berbicara kepada baginda bukanlah
wahyu. Alam berupa kitab Allah yang terbuka juga bersifat wahyu dan mempunyai
simbol tersendiri. Ia perlu dikaji dan dicari hakikatnya oleh manusia bagi mendapatkan
rahsia serta kunci kebenaran yang Maha Benar.
Dalam wahyu atau Kitab Allah yang terbuka ini banyak diperkatakan nama-nama
alam serta fenomenanya. Semua ini bersifat petunjuk, tanda simbol-simbol yang
bernilai saintifik kepada mereka yang mahu berfikir, berilmu, beriman dan
menggunakan akal dalam menyelidikinya. Antara lain Allah menyebut nama-nama
berikut: al-samaf [langit], al-matar [hujan], al-najm [bintang], al-qamar [bulan], alkawakib
[nama jenis bintang], al-sahab [awan], al-nahr [siang], al-layl [malam], alzarfu
[tanaman], al-syams [matahari], al-nabat [tumbuhan], al-jabal [bukit], al-hadid
[besi], al-anfam [binatang ternak], al-barr [daratan], al-bahr [lautan], al-fuyun [mata
air], al-masabih [lampu] dan al-nur [cahaya].
Di samping nama-nama yang disebutkan itu ada banyak lagi nama-nama alam
yang tidak disebutkan di sini. Tegasnya Allah menyebut segala makhluk-Nya yang
ada di alam ini adalah sebagai tanda atau bukti [burhan] atau hujah perihal kebesaran
dan keagungan ciptaan-Nya. Berdasarkan kalimat eayatf [tanda] dengan berbagai
perubahannya, yang diulang sebut sebanyak 382 kali20 membuktikan betapa besarnya
perhatian Quran terhadap fenomena alam bagi dibuat kajian oleh manusia khususnya
yang beriman. Jumlah tersebut seperti berikut: kalimat ayatihi [plural . ayat-ayat-Nya]
= 37 kali; ayati [plural . ayat-ayat-Ku] = 14 kali; ayatiha [plural . ayat-ayat-Nya] = 1 kali;
ayatina [plural . ayat-ayat Kami] = 92 kali; ayatika [plural . ayat-ayat Engkau] = 3 kali,
ayat [plural . tanda] = 148 kali, ayatayn [dua tanda] = 1 kali; ayatuka [plural . ayat-ayat
Engkau] = 2 kali; ayat [singular . ayat atau tanda] = 84 kali.
20 Lihat Muhammad Fufad Abd al-Baqi, al-Mufjam al-Mufahras li Alfaz al-Qurfan, Dar al-Fikr,Beirut, 1986, hlm. 103-108.
Keseluruhan ungkapan tersebut merujuk kepada tanda-tanda atau bukti yang
dipaparkan Tuhan. Jelaslah bahawa ia merujuk kepada simbol-simbol dalam yang di
sebaliknya ada rahsia bersifat sains untuk diterokai. Kenyataan ini lebih meyakinkan
kita bilamana kalimat ayat itu sering dihubungkan dengan penggunaan akal fikiran
atau meminta kesedaran daripada manusia yang tentunya berpunca kepada
penggunaan akal fikiran.
Adalah diterima umum kepada mereka yang mahu berfikir bahawa Allah tidak
mengungkapkan wahyu-Nya sama ada bersifat ebacaanf atau epenglihatanf [dalam
bentuk alam nyata] secara sia-sia kerana ini bertentangan dengan sifat keagungan-
Nya. Oleh itu sudah pasti setiap yang diungkapkan-Nya mengandungi makna yang
tersendiri. Allah tidak mengungkapkan kalimat lebah, semut, air dari langit, bintangbintang
sebagai lampu perhiasan, bukit sebagai pasak yang mengimbangi kestabilan
alam, air masin dan air tawar serta sebagainya atas sifatnya yang esuperficialf sematamata
kepada benda itu sahaja. Ini disebabkan kalau demikian ungkapannya,
memangnya manusia sedia mengetahui dan mengenali benda-benda tersebut. Kalaulah
sekadar membentangkan nama-nama itu untuk dikenali sudah tentu nilai wahyu itu
kurang bersifat mukjizat. Justeru itu tentunya lafaz-lafaz esimbolisf ini ada tanda, isyarat
dan petunjuk di sebaliknya. Jadi apa jua simbol yang dikemukakan Allah tidak lain
kecuali memperlihatkan ketauhidan-Nya dan bertolak daripada asas tauhid inilah
sahaja alam ini dapat difahami dan dikaji dengan benar.

8.0 KESERASIAN ALAM MANUSIA DAN ALAM LANGIT
Manusia merupakan kosmos kecil21 dan sudah tentu mempunyai hubungan erat
dengan kosmos yang lebih besar. Pengkajian terhadap kosmos ini membawa manusia
kembali kepada titik mula tentang keesaan ilmu Allah dan seluruh alam ini berada di
bawah perintah-Nya.22 Kejadian segala makhluk tidak lain adalah untuk tunduk dan
patuh kepada titah perintah-Nya dan mengabdikan diri kepada-Nya. Justeru makhluk
itu berbagai-bagai maka bentuk-bentuk ubudiyah yang dilakukan oleh setiap makhluk
itu pula berbeza. Perbezaan ini adalah lantaran sunnatullah yang berbeza antara
setiap makhluk dengan makhluk yang lain. Walau bagaimanapun, masing-masing
memberikan satu manifestasi pengabdian jua.
Kebanyakan cakerawala yang ada di jagat raya ini bergerak dalam ertikata berpusing
pada paksinya yang tertentu. Bumi dengan paksinya, komet-komet, matahari dan
cakerawala-cakerawala yang lain masing-masing berligar pada paksinya. Inilah tabii
pusingan alam tinggi selaku kejadian Allah. Sifat pusingan ini pula berlaku kepada
21 Lihat selanjutnya dalam Murtada Muttahari, al-Mafhum al-Tawhidi lil Alam, Mufasasah al-Bifthah,Tehran, t.th., hlm. 72-73.22 Lihat Shahibuddin Laming, Cosmology in the Qurfan, Nurin Enrerprise, Kuala Lumpur, 1993, hlm.vii.
alam lebih kecil iaitu manusia yang mengelilingi Kaabah. Pusingan alam langit dan
manusia masing-masing mengambil arah emengirif atau lawan jam. Tentunya
ketetapan ini bukan terjadi secara tidak sengaja atau secara kebetulan malahan adalah
ketentuan dari yang Maha Mengetahui.23 Sebenarnya ketentuan ini tidak khusus
kepada manusia ketika mengerjakan ibadat haji sahaja, malahan ketika permulaan
kejadiannya pun manusia mengalami pusingan etawaff yang serupa. Dr. Muhammad
Ali Akbar mencatatkan:
di dalam servik terdapat suatu alat saringan di mana sperma-sperma yang
cacat dicegah dari pada berenang. Hanya sperma-sperma sihat sahaja yang
dibenarkan berenang dalam arus dan terusan yang dibentuk oleh rembesanrembesan
serviks. Sperma-sperma berenangan secara berkumpulan di dalam
setiap terusan, melepasi uterus dan seterusnya ke dalam tiub-tiub fallopio. Di
dalam tiub fallopio, sperma-sperma tadi dikapasitasikan. Hanya beberapa
ratus sahaja yang sampai ke penghujung tiub fallopio. Sel-sel tubuh yang terkecil
[sperma] bertemu dengan sel tubuh yang terbesar [ovum]. Ovum mula berpusing
secara perlahan-perlahan seperti planet di angkasa lepas mengikut pusingan
songsang jam, sepertimana elektron-elektron di sekeliling nekleus atom atau
bumi mengelilingi Mataharih.24

Jelas bahawa universe yang sebegini besar tetap mempunyai hubungan dengan
alam yang kecil dan dapat ditegaskan di sini bahawa dalam apa jua keadaan pun
Islam mengajarkan agar manusia mesti sentiasa bersahabat dengan alam lain ciptaan
Allah. Mereka tidak boleh bermusuh, kerana kejadiannya saling menyempurnakan
dalam rangka sebuah hikmah kehidupan dan keharmonian yang lebih luas.

9.0 AYAT-AYAT KOSMOS DALAM DIRI MANUSIA
Allah mewahyukan di dalam Quran kepada Nabi s.a.w:

Dan pada bumi ada tanda-tanda [ayat-ayat yang membuktikan kekuasaan
Al lah], bagi [orang yang mahu mencapai pengetahuan] yang yakin. Dan
dalam diri kamu sendiri apakah kamu tidak mahu melihat serta memikirkan
[dalil-dalil dan bukti itu]h. [al-Dhariyat 51: 21]

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda [ayat-ayat] kekuasaan
Kami di merata tempat [dalam alam yang terbentang luas ini] dan dalam
23 Zakaria Awang Soh, Kejadian dan Keadaan Alam Semesta, Berita Publishing Sdn. Bhd. KualaLumpur, 1990, hlm. 79.24 Muhammad Ali Akbar, Perkembangan Manusia Menurut Al-Qurfan dan Hadith, terjemahan Dr.Rusli Hj. Nordin, Cresent News Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1992, hlm. 60.
diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas nyata kepada mereka kebenaran.
Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum cukupkah [bagi
mereka] bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?h
[Fussilat 41: 53]

Kalau kita rujuk kepada Sirah al-Rasul s.a.w selaku insan kamil dan penghubung
alam langit dengan makhluk di bumi, terdapat beberapa tarikh penting yang perlu
dicatat berhubung dengan perkara ini. Keenam-enam ini adalah peristiwa yang berlaku
di bumi dan berlangsung dalam kehidupan Rasul mulia itu. Kita meyakini bahawa
semua itu tidak berlaku secara kebetulan, malahan perencanaan Tuhan kepadanya
kerana sepanjang kehidupan Nabi s.a.w., baginda sentiasa dibimbing menerusi wahyu
dari langit. Perhatikan jadual di bawah:-25


Jadual 1 Peristiwa penting kehidupan Rasulullah (s.a.w)
Bil     eristiwa                            Tarikh
1       Nabi dilahirkan                            12 Rabiuawal26
2       Nabi Idulfitri                                 01 Syawal
3       Nabi Haji Akbar                          09 Zulhijjah
4       Nabi Idul Adha                            10 Zulhijjah
5       Nabi menerima wahyu pertama     17 Ramadan
6       Nabi Mikraj ke langit                    27 Rejab
         Jumlah 76


Enam hari tersebut penting dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Jumlah 76 bila
dirujuk kepada kedudukan surah al-Insan [Manusia] ia menduduki bilangan ke-76
daripada susunan surah-surah dalam Quran yang berjumlah 114 surah kesemuanya.
Bukanlah perkara kebetulan kerana penentuan surah-surah dalam Quran telah
disepakati ulama yang ia adalah secara tawqifi yakni menurut ketentuan. Ertinya
susunannya seperti mana yang kita lihat sekarang ini dalam catatan mushaf adalah
selaras dengan perintah dan wahyu dari Allah. Malaikat Jibril a.s apabila membawa
satu atau beberapa ayat kepada Nabi s.a.w mengatakan: gWahai Muhammad!
Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk menempatkannya pada urutan

25 Selanjutnya sila baca Fahmi Basya Hamdi, Al-Quran Alam Semesta dan Matematika 2, PustakaAntara PT, Jakarta, 1990, hlm. 16.26 Syed Ameer Ali, Sejarah Evolusi dan Keunggulan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 67.Tahun kelahiran Nabi s.a.w dikenali sebagai Tahun Gajah. Lihat Ibn Ishaq, Kitab al-Siyar wa al-Maghazi, tahkik Dr. Suhail Sukkkar, Mufasasah Ismailiyan, Qom, 1978, hlm. 48.
surah sekian.” Lalu Nabi s.a.w kemudiannya memerintah kepada penulis wahyu:
Letakkanlah pada urutan surah sekian selepas ayat sekian.h27
Berdasarkan simbolisme, berkemungkinan kita boleh merumuskan bahawa angka
76 itu adalah ekod manusiaf, kerana menurut ilmu anatomi ruas jari-jemari tangan
manusia dari pergelangan mempunyai 19 ruas, sementara ruas kaki dari buku lali
hingga ke hujung jari jemari kaki juga terhitung sebanyak 19 ruas. Apabila dicampurkan
2 kaki dengan 2 tangan jumlahnya menjadi 76. Kelihatan bahawa ayat-ayat kosmos
yang ada pada sebahagian diri manusia berkait rapat dengan ketetapan surah al-Insan
dalam Quran yang diletakkan pada bilangan ke 76. Tentunya kita mengatakan bahawa
antara alam langit yang menurunkan wahyu dan sifat wahyu itu sendiri [Quran]
mempunyai kaitan langsung dengan makhluk yang dipertanggungjawabkan
melaksanakan wahyu itu. Ertinya setiap sendi tulang milik manusia itu dipertanggungjawabkan
dengan wahyu Allah, justeru saling keterikatan itulah maka manusia tidak
harus berpaling daripada wahyu dalam apa jua kegiatan hidupnya.

Selain itu, Quran menjelaskan kepada kita ada tujuh ayat berasingan yang menyebut
tujuh langit yang diciptakan Allah.

(1) Surah al-Isra 17: 44. Maksudnya: gBertasbihlah kepada-Nya langit yang tujuh
serta bumi dan apa yang ada di antara keduanyah.
(2) Surah Fussilat 41: 12. Maksudnya: gMaka dijadikan Allah tujuh langit dalam
dua harih.
(3) Surah al-Talaq 65: 12. Maksudnya: gAllah mencipta tujuh langit dan bumi seperti
itu jugah.
(4) Surah al-Mulk 67: 3. Maksudnya: g[Allah] yang menciptakan tujuh langit secara
berlapis-lapis [tibaqa]h.
(5) Surah Nuh 71: 15. Maksudnya: gTidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah
telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis?h.
(6) Surah al-Mukminun 23: 86. Maksudnya: Tanyakan: gSiapakah Tuhan yang
memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy
yang besar?h.
(7) Surah al-Baqarah 2: 29. Maksudnya: gDialah [Allah] yang menjadikan untuk
kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendak-Nya
ke arah [bahan-bahan] langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna.h.
Simbolis dari wahyu itu dapat dirumuskan seperti berikut: bahawa jarak bumi ke
langit yang ketujuh adalah tujuh sebagaimana di bawah:
27 Perihal ketetapan dan kedudukan surah-surah dalam Quran ini sila baca Muhammad Ali al-Sabuni, al-tibyan di ulum al-Qurfan, Dar al-Qalam, Beirut, 1970, hlm. 59.
(gambar)

Secara konsepsinya, simbol tersebut cuba mengisyaratkan ada lingkungan yang
jejarinya adalah tujuh dari bumi. Berdasarkan ilmu matematik keliling lingkaran itu
dapat diketahui dengan rumus berikut:

. keliling lingkaran = 2 ƒ® R = 2 ~ 22/7 ~ R, [R = jejari].
. Jadi keliling lingkaran itu adalah 2 ~ 22/7 ~ 7 = 44.28
Dalam Sirah Rasul pula kita temui dua tarikh penting yang langsung berhubungan
dengan langit, iaitu:

(1) Nabi s.a.w menerima wahyu pada Ramadan   17
(2) Nabi s.a.w dimikrajkan pada Rejab                27
                                                                         Jumlah 44

Kalau demikian kenyataan ini membawa simbolis tertentu, iaitu keliling lingkaran
2 P R dan kod langit 44. Bukanlah secara kebetulan bila kita perhatikan dalam Quran
bilangan Surah ke 44 adalah Surah al-Dukhan [asap atau langit]. Allah menyebut
bahawa langit itu pada waktu mula dipisahkan berupa dukhan [asap]. Jadi bahan asas
langit itu sudah jelas kepada kita sebagai pernyataan bersifat simbolis. Firman-Nya:

Kemudian Dia [Allah] menuju kehendak-Nya ke arah [bahan-bahan] langit
sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada
bumi: gturutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela
atau dengan terpaksa!h. Keduanya menjawab: eKami berdua sedia menurut -
patuh dengan sukarelah. [Fussilat 41: 11].
Bumi K=2ƒÎ r
K=44
r=7
R
Rajah 1 Jarak bumi dari langit
28 Fahmi Basya Hamdi, Al-Quran Alam Semesta dan Matematika 2, Pustaka Antara PT, Jakarta, 1990,
hlm. 18.
Oleh itu tunggulah [wahai Muhammad] semasa langit membawa asap yang
nyatah. [al-Dukhan 44: 10].

Secara simbolis, kita tentukan kod langit 44, di sana secara langsung pula ia berkait
dengan diri manusia, iaitu asal mula kejadiannya. Menurut ilmu genetik kromosom
asas tubuh manusia juga berjumlah 44. Sel manusia mengandungi 46 kromosom
yang lazimnya disusun secara berpasangan. 22 pasangan membentuk kromosom asas
atau somatik. Satu pasang berbentuk kromosom seks. Pada lelaki ia terdiri daripada
satu kromosom Y dan satu kromosom X, manakala pada perempuan ia terdiri dari
dua kromosom X.29 Dalam penjelasan yang lain spermatozoa yang matang tadi
mempunyai 23 kromosom, 22 darinya autosom, satu kromosom seks. Oleh kerana
sel induk sperma mempunyai 44 autosom, satu kromosom X dan satu kromosom Y,
jadi apabila ia membahagi untuk membentuk spermatozoa, tiap-tiap satu darinya
akan mempunyai 22 autosom dan satu kromosom X atau satu kromosom Y.30
Sekali lagi kelihatan kukuhnya kaitan antara simbolis kelangitan yang asal mula
asap diletakkan dalam wahyu bertulis pada Surah ke 44, dan kromosom tubuh manusia
pula berjumlah yang sama. Lebih menarik lagi, langit itu diwahyukan Allah dengan
menyebut Dialah yang memberikan cahaya kepada langit dan bumi seperti mana
firman-Nya:

Allah yang memberi nur [cahaya] kepada langit dan bumih. [al-Nur 24: 35].

Simbolis ini [hubungan antara langit dan bumi atau kejadian langit dan manusia]
masih lagi kelihatan, iaitu pada kromosom Y [sperma lelaki] menunjukkan bintik
terang [bercahaya] di pertengahan kepalanya, sebaliknya pada sperma perempuan
yang mengandungi kromosom X tidak begitu.31 Keadaan ini benar-benar
mengisyaratkan kelebihan orang lelaki dari orang perempuan dalam setengah keadaan
khususnya kepimpinan.
Secara simbolis juga kita melihat kromosom pada sel telur dari ibu adalah 22+1. 22
adalah kromosom tubuh dan 1 kromosom jenis X. Kromosom pada sel sperma dari
bapa ialah 22+1. 22 adalah kromosom tubuh dan 1 kromosom jenis X atau Y. Ertinya
ada sperma yang mempunyai kromosom X dan ada sperma yang mempunyai
kromosom Y. Pertemuan sel telur dan sel sperma menghasilkan benih. Benih tersebut
mewakili 22+22 = 44 kromosom tubuh. Kromosom jenis pada benih itu sama ada
XX ataupun XY. Jika percantuman X dari lelaki dengan X dari perempuan
menghasilkan bayi perempuan, dan jika X bercantum dengan Y menghasilkan bayi
29 Muhammad Ali Albar, Op cit, hlm. 57.30 Derek Liewellyn Jones, Everywomen, terjemahan dengan judul Rahsia Wanita, Fajar Bakti, PetalingJaya, 1986, hlm. 14.31 Ali Albar, Op cit, hlm. 30.
lelaki. Selaras dengan ini ternyata bahawa menurut hukum Islam keturunan seseorang
itu ditetapkan dari sebelah bapa tidak dari sebelah ibunya.
Simbolis ini juga dapat diperhatikan dalam wahyu Quran dengan kedudukan Surah
al-Haj. Surah ini merupakan Surah ke 22 dalam bilangan surah-surah Quran. Berhubung
dengan itu ia ada juga pada ibadat Haji, yang antara lain mengulangi peristiwa masa
lalu [keturunan masa lalu], mengingati sejarah rumah ibadat tertua yang dibina oleh
Nabi Adam dan dibangunkan semula oleh Nabi Ibrahim.32 Ia antara lain merupakan
ingatan kepada keturunan Nabi-nabi terdahulu yang mengasaskan rumah ibadat
tersebut dan simbolis ini kekal dalam roh ibadat ritual Haji dalam Islam.

10.0 SIMBOLIS SALAT DAN KOMBINASI PUTARAN BUMI
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, bahawa antara wahyu yang dibaca [Quran]
dengan wahyu yang disifatkan sebagai eKitab Allah Terbukaf . yakni alam semesta,
secara simbolisnya mempunyai kaitan yang tidak dapat di pisahkan. Kelihatan di sana
ada keseimbangan dalam penurunan kedua-dua jenis wahyu tersebut. Sebagai contoh,
kalimat hayat [hidup] diulang sebut oleh Quran sebanyak 145 kali dan seperti itu juga
kalimat al-maut. Kekata al-dunya diulang sebut sebanyak 115 kali dan lafaz akhirat
juga berjumlah 115 kali. Kekata malaikat diulang sebut 88 kali sedang kekata syayatin
[para syaitan] disebut alam jumlah yang sama. Kekata al-harr [panas] sebanyak 4 kali
dan kekata al-bard [sejuk] diulang dalam jumlah yang sama. Kekata al-masafib
[musibah] disebut sebanyak 75 kali dan pasangan yang sepatutnya dilakukan bila
terkena musibah ialah al-syukr juga terungkap 75 kali. 33
Diperhatikan daripada keseimbangan tersebut ternyata bahawa wahyu yang dibaca
sifatnya seimbang dalam ungkapannya dan ulangan sebutannya. Secara simbolis juga
dapat kita katakan bahawa wahyu yang berupa kitab terbuka juga seimbang di antara
sesama mereka. Di samping kejadiannya yang berpasangan, keadaan ubudiyah yang
berlaku antara makhluk ini juga memperlihatkan keselarasan menuju kepada satu
kekuasaan tetapi dalam bentuk yang berbeza-beza. Quran menyebut:

Dan bintang serta pepohonan bersujud [kepada Allah]h. [al-Rahman 55: 6].

Dalam salat gerhana terdapat dua kali rukuk pada setiap rakaat. Penulis kitab Kifayat
al-Akhyar menyebut:
32 Fahmi Basya Hamdi, Al-Qurfan Alam Semesta dan Matematika 2, Pustaka Antara PT, Jakarta, 1990,hlm. 20.33 Lihat Mustaffa Mahmud, Rahsia al-Qurfan, terjemahan, Victory Agencies, Kuala Lumpur, 1989,hlm. 140-141.
Pada salat gerhana itu setiap rakaat dua kali berdiri; iaitu dengan
memanjangkan bacaan Alquran pada kedua-dua berdiri itu. Shalat gerhana
juga mempunyai dua kali rukuk pada setiap rakaat serta memanjangkan
bacaan tasbih pada kedua-dua rukuk itu, tidak pada sujudh.34

Berbeza dengan salat lainnya yang hanya satu rukuk pada setiap rakaat. Dua kali
rukuk adalah dua kali gerak 90 darjah. Dua kali 90 darjah ialah 180 darjah. Dalam
matematik sudut yang besarnya 180 darjah adalah sebuah garis lurus. Jadi secara
langsung salat gerhana ini memperkatakan secara simbolis satu garis lurus. Hal ini
bertepatan dengan penelitian para astronomi dan matematik bahawa gerhana tidak
terjadi kalau tiga benda angkasa [matahari, bulan dan bumi] tidak terletak pada satu
garis lurus.

(gambar)

Bumi
Bulan
Matahari
Jadi salat gerhana secara simbolisnya benar-benar mempernyatakan garis lurus yang
terdapat pada gerhana dan ini berlaku serentak dalam peroses pusingan masing-masing
pada orbitnya. Kalau gerak rukuk memberi simbol 90 darjah, maka gerakan yang
lain dapat dihitung. Kurang lebih gerak satu rakaat salat ialah 360 darjah atau gerak
satu keliling.

(gambar)

Quran menyebut:
Dia yang memberikan salat ke atas kamu dan para malaikat-Nya untuk
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada nur [cahaya] dan Dia amat
penyayang kepada orang-orang yang berimanh. [al-Ahzab 33: 43].

34 Lihat Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Alhusaini, Kifayatul Akhyar, terjemahan Syed AhmadSemait et. al, Pustaka Nasional, Singapura, 1993, 1: 348. Lihat juga Muslim, Sahih, Bab Salat al-Kusuf, juzuk 3: 27-29.
Tegasnya gerakan satu rakaat secara simbolis sama dengan satu putaran, jadi sujud
juga secara simbolisnya sama dengan berputar. Dalam Surah al-Rahman disebutkan:
gDan bintang serta pepohonan bersujudh. [al-Rahman 55: 6].
eKesujudanf bintang-bintang dapat diperhatikan pada putaran pada orbitnya, dan
simbol kesujudan pokok pula dapat dilihat pada garisan-garisan batangnya.
Jika demikian, pusingan bumi juga bermakna esujudf kepada Tuhan, sama dengan
manusia. Bintang-bintang dan pepohonan sujud kepada-Nya. Biarpun berlakunya
kepelbagaian sujud itu, pernyataannya memperlihatkan kepatuhan makhluk tersebut
kepada Penciptanya, iaitu Allah. Dengan berputar [berpusing] atau esalatf, maka secara
simbolisnya bumi salat satu rakaat dalam sehari semalam, sebab sehari semalam
bumi menghabiskan sekali putaran.35 Akibat daripada ini terjadinya pertukaran dari
gelap kepada terang [bercahaya]. Jadi salatnya bumi secara simbolisnya membawa
cahaya kepada alam bumi. Bagaimana dengan salatnya manusia?. Tentunya amalan
salat kepada manusia juga membawa konsep yang sama iaitu mengeluarkan mereka
dari kegelapan kepada sinar pertunjuk Allah [iman]. Benarlah firman-Nya yang secara
simbolis mengungkapkan:
gDialah [Tuhan] yang memberikan salat kepada kamu dan para malaikat-
Nya, untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang.
Dia amat penyayang kepada orang-orang yang berimanh. [Al-Ahzab 33: 43].
Mereka yang tidak beriman [tidak menunaikan salat] tentunya tidak memperolehi
cahaya tersebut. Kehidupan mereka pula tidak selaras dengan juzuk-juzuk alam yang
lain dan dengan sendirinya kewujudan mereka bertentangan dengan kewujudan alam
yang lain. Lantaran itulah Quran menyebut kehidupan mereka yang tidak beriman
adalah membawa kerosakan [mufsidin] lantaran ingkarnya mereka kepada ketetapan
Allah. Mereka yang tidak beriman itu juga tidak membawa apa-apa sumbangan kepada
keserasian dalam gerakan alam yang menuju kepada satu pengabdian kepada Allah
taala. Mereka dapat diibaratkan sebagai salah satu dari komponan roda alam yang
secara simbolisnya tidak berfungsi menggerakkan emesinf alam semesta ini. Apabila
hal ini berlaku, akhirnya alam akan musnah lantaran gerakannya terbantut atau terhenti.
Barangkali secara simbolis juga benarlah Hadis Nabi yang menyebut di akhir zaman
nanti ketika berlakunya kiamat, tiada lagi mereka yang mengucapkan kalimat Allah.36

35 Fahmi Basya Hamdi, Op cit, hlm. 26-27.36 Maksud Hadis: gTidak berlaku kiamat hinggalah tiada diucapkan di bumi [kalimat] Allah, Allahh.Hadis sahih riwayat Ahmad dan Tirmidhi dari Anas. Lihat al-Suyuti, Jamif al-Saghir, 2: 743, no.9849.

Manusia pada waktu itu adalah sejahat-jahat manusia.37 Mereka tidak lagi menyembah
Allah. Ertinya gerakan kesatuan pusingan antara alam manusia dan alam semesta
tidak lagi seragam. Dengan kata lain, terjadi antara manusia yang ditaklifkan wahyu
kepadanya yang sepatutnya mengerti kedua-dua jenis wahyu yang bersifat simbolis
[alam semesta] dengan wahyu yang bertulis telah tidak saling memper-kukuhkan,
bahkan saling membelakangi. Itulah saatnya terjadi kehancuran yang besar.

11.0 KESIMPULAN
Sesungguhnya antara manusia, alam dan wahyu yang tertulis mempunyai keserasian
dan keselarasan. Allah telah menentukan semua itu agar manusia dapat mengambil
pertunjuk daripadanya. Adalah menjadi satu kezaliman kepada manusia meneroka
alam semesta secara terpisah, iaitu dengan meninggalkan dan mem-belakangkan aspek
wahyu sebagai satu juzuk dari rangkaian mata rantainya; panduan paling benar dalam
mengurai-tafsirkan penerokaannya. Kedua-dua aspek wahyu itu kalau dipisahkan pasti
mengundang kemudaratan dan mala petaka kepada alam seluruhnya. Oleh itu wajar
diketengahkan satu gagasan keserasian antara keduanya sebagai suatu konsepsi baru
dalam memahami sains kini sehingga ia membudayai hidup manusia bagi mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat.

RUJUKAN
A. Yusuf Ali. 1983. The Holy Qurfan Text, Translation and Commentary, Maryland: Amana Corp.
Afzalur Rahman. 1981. Quranic Science, London: The Muslim Schools Trusts.
Al-Allamah Ali bin Muhammad al-Sharif al-Jurjani. 1969. Kitab al-Tafrifat, Beirut: Maktabah Lubnan.
Al-Bukhari. Tanpa tarikh. Sahih al-Bukhari bi Hasyiah al-Sindi, 4 juzuk. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Marbawi. Tanpa tarikh. Qamus al-Marbawi, 2 juzuk, Mesir: Isa al-babi al-Halabi.
Al-Raghib al-Asfahani. 1997. Mufjam mufradat alfaz al-Qurfan, tahkik Ibrahim Shamsuddin, Beirut: Dar al-
Kutub al-Ilmiyah.
Al-Suyuti, Imam Jalaluddin Abdulrahman. T.tp. Jamif al-Saghir, 2 jilid. Beirut: Dar al-Fikr.
Derek Liewellyn Jones. 1986. Everywomen, terjemahan dengan judul Rahsia Wanita, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Fahmi Basya Hamdi. 1990. Al-Qurfan Alam Semesta dan Matematika 2, Jakarta: Pustaka Antara PT.
Ibn Manzur. T.th. Lisan al-Arab, 6 jilid, tahkik Abd Allah Ali al-Kabir et.al, Mesir: Dar al-Mufarif.
Ibn Ishaq, Kitab al-Siyar wa al-Maghazi, tahkik Dr. Suhail Zukkar, Qom: Mufasasah Ismailiyan, 1978.
M. Sastrapratedja. 1983. [editor], Manusia Multi Dimensional Sebuah Renungan Filsafat. Jakarta: Penerbit PT
Gramedia.
Mehdi Golshani. 1986. The Holy Qurfan and the Sciences of Nature. Tehran: Islamic Propagation Organization.
Muhammad Ali Akbar. 1992. Perkembangan Manusia Menurut Al-Qurfan dan Hadith, terjemahan Dr. Rusli Hj.
Nordin. Kuala Lumpur: Cresent News Sdn. Bhd.
Muhammad Ali al-Sabuni. 1970. al-tibyan di ulum al-Qurfan. Beirut: Dar al-Qalam.
Muhammad Fufad Abd al-Baqi. 1986. al-mufjam al-mufahras li alfaz al-Qurfan. Beirut: Dar al-Fikr.
Muhammad Rasyid Rida. 1983. Wahyu Ilahi kepada Muhammad, Terjemahan J. Saifudaulah al-Firdausy. Singapura:
Pustaka Nasional.
37 Maksud Hadis: gTidak berlaku kiamat kecuali atas sejahat-jahat manusiah. Ibid, Hadis no. 9850.
Murtada Muttahari. T.th. al-mafhum al-tawhidi lil alam. Tehran: Mufasasah al-Bifthah.
Muslim, Abi al-Husayn. T.th. Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Fikr.
Mustaffa Mahmud. 1989. Rahsia al-Qurfan, terjemahan. Kuala Lumpur: Victory Agencies.
Ramli Awang. 1991. gPerutusan Rasulullah s.a.w dan Ketulinan Akidahh dalam Al-Risalah, Majalah Jabatan
Pendidikan Islam, FPPSM, UTM Skudai, bil. 4 tahun 2, 1991/92, hlm. 3.
Sayed Hossein Nasr. 1992. Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam, terjemahan Baharuddin Ahmad. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Syed Ameer Ali, Sejarah Evolusi dan Keunggulan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
Shahibuddin Laming. 1993. Cosmology in the Qurfan. Kuala Lumpur: Nurin Enrerprise.
Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Alhusaini. 1993. Kifayatul Akhyar, terjemahan Syed Ahmad Semait et.al.
Singapura: Pustaka Nasional.
Wallace I Matson. 1987. A New History of Philosophy, 2 vol. San Diego: Harcourt Brace Jovanovich, Inc.
Zakaria Awang Soh. 1990. Kejadian dan Keadaan Alam Semesta. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Oleh : RAMLI AWANG
Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 27–48
© Universiti Teknologi Malaysia
16 Februari 2007 jam 13:32:13

0 komentar:

Posting Komentar